Sunday, November 22, 2009

PKG SERI DUNGUN


Naik taraf pintu cermin kepada casement window...gah lah sikit PKG.
Tahun 2010...naik taraf bahagian belakang pulok.

Saturday, June 20, 2009

Pada 20 Jun 2009,Sk Batangan telah mengadakan kursus LADAP bertempat di Makmal Komputer Bahagian Teknologi Pendidikan Terengganu.Kursus ini bermula pada pukul 8:30 pagi dan berakhir pada pukul 4:30 petang.Peserta kursus ini dihadiri seramai 22 orang termasuk Guru Besar SK Batangan En. Chew Chong Sean.Penceramah yang dijemput oleh pihak sekolah ialah En. Abu Bakar dari PKG Marang.Banyak input yang diperolehi hasil daripada kursus ini.Kalau ada sumur di ladang,Boleh kita menumpang mandi,Kalau ada umur yang panjang,Lain masa kita jumpa lagi.

Friday, June 19, 2009

LADAP SK BATANGAN

Pada 20Jun 2009 Sk Batangan telah mengadakan Satu kursus LADAP bertempat di Makmal Komputer di Bahagian Teknologi Pendidikan Terengganu.
Kursus ini bermula pada pukul 8:30 pagi dan berakhir pada pukul 4:30 petang.
Peserta kursus ini dihadiri seramai 22 orang.
Penceramah yang dijemput oleh pihak sekolah ialah En. Abu Bakar dari PKG Marang.
Banyak input yang diperolehi hasil daripada kursus ini.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Lain masa kita jumpa lagi.

Monday, May 4, 2009

FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH TERENGGANU







Kumpulan nasyid SMKA Durian Guling,Marang muncul sebagai johan festival nasyid sekolah-sekolah negeri Terengganu yang telah berlangsung pada 2 Mei 2009 bertempat di SMKA Durian Guling.Majlis telah disempurnakan dengan ucapan dan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang oleh Y.B. Adun Pengkalan Berangan, Yahya Khatib Mohamad.Hadir sama di majlis tersebut ialah ketua sektor pendidikan agama islam Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu,Hj.Wahid Setia.
Dua pasukan nasyid ini akan mewakili negeri Terengganu ke festival nasyid sekolah –sekolah peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Julai di Kuantan,Pahang.
Kumpulan nasyid Shoutun Nisa’ SK Marang mewakili daerah Marang telah menyampaikan persembahan yang memberangsangkan,namun tewas dalam persaingan amat sengit bagi kategori sekolah rendah.Semoga pengamatan guru besar dan jurulatih sekolah dalam persembahan sekolah-sekolah diharap akan menjulang daerah Marang pada masa hadapan.Tahniah daerah Marang.