Tuesday, July 10, 2007

Menyambung silaturrahim

Salam mesra dari PKG Seri Payong.Selamat berkursus di DE RHU BEACH RESORT,

Tuesday, July 3, 2007

SALAM PERKENALAN DARI PKG DURIAN BURONG

Assalamualaikum...

SALAM MESRA DARI PKG DURIAN BURONG

Lawatan PKG KTS Ke Sarawak



Wajah Seorang Pegawai Teknologi Pendidikan


Kerani Baru PKG Manir


inilah dia kerani baru PKG Manir iaitu Encik Azman. Nak berkenalan lebih lanjut lagi jom kita ke PKG Manir.

Monday, July 2, 2007

Salam Perkenalan Daripada PKG MENGABANG TELIPOT

Tahniah kerana menghasilkan bloge Rakan PKG Terengganu.

Sunday, July 1, 2007

SENARAI SEKOLAH AHLI PKG TERBARU

Semua PTP PKG Terengganu

Sila hantar senarai nama sekolah ahli PKG terbaru .Nyatakan sekolah yang terbaru.Senarai baru ini utk edaran bahan terbitan BTP kepada semua sekolah ahli PKG.

SALAM PERKENALAN KEPADA WARGA PKG TERENGGANU


Untuk Makluman Semua Warga PKG Terengganu.

Pengerusi PKG Raja Tn. Hj. Mhd Ramli b. Che Mat Pengetua SMK Tengku Mahmud telah bertukar ke PPD Besut pada 16 Jun 2007 yang lalu.

Beliau dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Besut yang baru menggantikan Tn. Hj. Baharuddin yang bertukar ke Jabatan Pendidikan Terengganu.

Sehingga kini, Pengerusi Jawatankuasa PKG Raja masih lagi tidak ada pengganti.

Terima Kasih
MOHD RASIDI ALMUNIR B AZIZ
PTP PKG RAJA

Saturday, June 30, 2007

Mesyuarat Pengurusan di Cameron Highlands 11-13 Jun 2007

PTP PKG bersama KPP di Cameron Highlands......... siapa berasa dia smart sekali sila angkat tangan........

Kenangan Hari Keluarga 2007



Jangan salah sangka... ini bukan persatuan nelayan.

Tuesday, June 26, 2007

BANGUNAN BARU PKG MANIR MEI 2007



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami mengalu-alukan rakan-rakan dan rangkaian PKG-BTPN untuk datang mengunjungi kami di sini.Jaraknya hanya 15 KM sahaja dari Kuala Terengganu.kami berpindah ke bangunan baru pada akhir Mac 2007.

TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH AHLI PKG MARANG

Assalamualaikum.....Dan salam sejahtera.
Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.Komitmen dan kerjasama berterusan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Sekian Terimakasih.
Zaidon@Mohamad B Abu Bakar
PTP PKG Manir
09-6151580

salam perkenalan

Kami warga PKG Tok Jiring mengalu-alukan blog rakan PKG Terengganu.Semoga memberi manfaat kepada kita semua.

Monday, June 25, 2007

Yang Dipertua Pengerusi-Pengerusi PKG Terengganu



Tuan Hj. Mukhtar bin Ghani, pengetua SMK Tengku Lela Segara, Marang, Terengganu yang juga Pengerusi PKG Marang telah dilantik sebagai Yang Dipertua Pengerusi-pengerusi PKG Terengganu pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti di Cameron Highlands pada 11-13 Jun 2007. Warga PKG Marang mengucapkan syabas dan tahniah !!.

Pengenalan

Blog ini khusus untuk memaparkan apa jua aktiviti PKG. Pos jangan dak pos.....silakan...silakan